Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang anggota skuad pemusnah bom dilaporkan mengalami kecederaan apabila sebuah peranti yang diletakkan di luar sebuah kedai buku di Florence, Itali meletup pada hari ini.
Ketua Polis Florence, Alberto Initmi, memberitahu stesen televisyen Rainew24 bahawa pakar bom itu mengalami kecederaan parah di tangan dan matanya akibat daipada insiden tersebut.
Sebelum kejadian itu, pihak polis telah menghubungi pakar letupan selepas anggota peronda mereka menemui bungkusan yang mencurigakan tersebut. Insiden itu dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah kumpulan berhaluan kanan yang dikenali sebagai Casa Pound.
Bungkusan itu meletup ketika pakar bom mendekatinya. Menurut penyiasat, peranti itu dilengkapkan dengan alat jangka.
Kumpulan Casa Pound mula ditubuhkan di Rom pada 23 Disember tahun 2003. Kumpulan yang berideologikan fahaman Neo-fasisme dan Ultranasionalisme itu kini dipercayai mempunyai ratusan ahli di Itali.
1 Januari 2017 - 20:29
News ID: 802151
Seorang anggota skuad pemusnah bom dilaporkan mengalami kecederaan apabila sebuah peranti yang diletakkan di luar sebuah kedai buku di Florence, Itali meletup pada hari ini.