5 Januari 2017 - 04:04
Turki Ugut Pakatan Pimpinan A.S Dengan Penggunaan Pankalan Udara Incirlik

Menteri Pertahanan Turki, Fikri Isik berkata bantuan dan sokongan udara Amerika Syarikat yang terhad terhadap operasi Ankara di Syria menimbulkan sentimen awam yang negatif ke atas penggunaan pangkalan udara Incirlik oleh Washington.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Pertahanan Turki, Fikri Isik berkata bantuan dan sokongan udara Amerika Syarikat yang terhad terhadap operasi Ankara di Syria menimbulkan sentimen awam yang negatif ke atas penggunaan pangkalan udara Incirlik oleh Washington.

Selama beberapa minggu yang lalu, Turki kelihatan kerap menyuarakan kekesalan mereka ke atas pakatan pimpinan A.S kerana keengganan mereka untuk memberikan bantuan kepada operasi Ankara di al-Bab, Syria. Ankara mendakwa operasi mereka di al-Bab menyasarkan kumpulan Takfiri Daesh.

Pada hari Rabu, Isik berkata bahawa perkara ini menyebabkan kekecewaan yang serius di kalangan orang awam Turki.

"Kami memberitahu sekutu kami... bahawasanya perkara ini menimbulkan persoalan berkaitan (pangkalan udara) Incirlik," katanya dengan merujuk kepada pangkalan udara yang terletak di bandar Adana di mana pakatan pimpinan A.S menyimpan pesawat yang mereka gunakan di dalam operasi anti-Daesh mereka.

Isik menambah dengan meluahkan hasratnya bahawa A.S dan sekutunya akan mula memberikan bantuan udara kepada operasi Ankara di Syria.