Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Beijing dan Tel Aviv telah bersetuju tentang penghantaran ribuan pekerja binaan Cina ke Israel di dalam menangani krisis perumahan di sana.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kewangan Israel pada hari Rabu, berasaskan perjanjian yang akan ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada Februari ini, Cina akan menghantar sekitar 6000 orang pekerja ke Israel.
Menteri Kewangan Israel, Moshe Kahlonberkata bahawa kedatangan pekerja itu akan memperkasakan usaha untuk menyelesaikan krisis perumahan di sana.
"Para pekerja Cina akan mengurangkan waktu pembinaan dan mengurangkan kos pembinaan yang akan memberikan manfaat kepada orang awam," kata Menteri Perumahan dan Pembinaan rejim Tel Aviv, Uri Ariel.
Sekitar 9000 pekerja asing bekerja di sektor pembinaan di tanah haram rejim Tel Aviv. Kebanyakan mereka didatangkan dari negara-negara Eropah Timur.
5 Januari 2017 - 05:17
News ID: 802826
Beijing dan Tel Aviv telah bersetuju tentang penghantaran ribuan pekerja binaan Cina ke Israel di dalam menangani krisis perumahan di sana.