Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Puluhan pengganas Takfiri Daesh dilaporkan terbunuh di dalam pertempuran dengan pihak tentera kerajaan di wilayah Homs. Menurut laporan, Tentera Arab Syria dikatakan giat melancarkan beberapa operasi ke atas posisi kumpulan Takfiri itu di bandar Homs.
Agensi berita SANA melaporkan bahawa sebuah unit tentera telah bertempur dengan kumpulan pengganas di kawasan al-Tiyas yang terletak sekitar 90 km dari ibu kota wilayah Homs. Pertempuran yang berlaku pada hari Sabtu itu menyebabkan ramai pengganas terbunuh ataupun mengalami kecederaan.
Selain daripada itu, sebuah kereta kebal dan beberapa buah kereta pacuan 4 roda yang dimiliki pengganas Takfiri juga berjaya dimusnahkan oleh pihak tentera Damsyik.
7 Januari 2017 - 17:17
News ID: 803393
Puluhan pengganas Takfiri Daesh dilaporkan terbunuh di dalam pertempuran dengan pihak tentera kerajaan di wilayah Homs. Menurut laporan, Tentera Arab Syria dikatakan giat melancarkan beberapa operasi ke atas posisi kumpulan Takfiri itu di bandar Homs.