Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak pentadbiran tempatan Aleppo telah berjaya membaiki 7 buah sekolah di timur bandar itu yang sebelum ini dirosakkan oleh para pengganas.
Sejumlah 3825 pelajar sekolah telahpun memulakan semula pengajian mereka selepas cuti Tahun Baharu dan Krismas. Perkara itu dinyatakan oleh ketua bahagian pendidikan tempatan, Ibrahim Masso kepada agensi berita SANA pada hari Isnin. Dia turut berkata bahawa 6 buah sekolah lagi akan dibuka di dalam masa yang terdekat di kawasan timur Aleppo yang sebelum ini dikuasai oleh pengganas dan militan selama 4 tahun.
Pada 7 Januari lepas, kerajaan Damsyik telah meluluskan sebuah pelan pembaikpulihan Aleppo secara berperingkat. Pelan tersebut melibatkan pemulihan bekalan tenaga elektrik, air dan bahan bakar ke bandar tersebut.
9 Januari 2017 - 18:00
News ID: 803890
Pihak pentadbiran tempatan Aleppo telah berjaya membaiki 7 buah sekolah di timur bandar itu yang sebelum ini dirosakkan oleh para pengganas.