Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata bahawa hampir 1400 orang kanak-kanak telah terbunuh sepanjang kempen ganas Saudi ke atas negara jirannya Yaman.
Wakil UNICEF di Yaman, Meritxell Relano pada hari Rabu berkata bahawa ratusan kanak-kanak lagi dilaporkan mengalami kecederaan dan sejumlah besar sekolah terpaksa ditutup semenjak Mac 2015 apabila Arab Saudi memulakan kempen ganasnya ke atas Yaman.
"Serangan ke atas kawasan awam terus membunuh dan mencederakan ramai kanak-kanak di Yaman," kata Relano sambil menambah, "Daripada sibuk belajar, kanak-kanak (Yaman) menyaksikan kematian, peperangan dan kemusnahan."
Relano juga berkata bahawa angka kematian mungkin sahaja lebih tinggi daripada apa yang dilaporkan.
Selain daripada itu, Relano juga berkata bahawa sekitar 2000 buah sekolah di seluruh Yaman tidak boleh lagi digunakan disebabkan pelbagai masalah seperti kemusnahan, kerosakan dan lain-lain.
11 Januari 2017 - 20:46
News ID: 804390
Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata bahawa hampir 1400 orang kanak-kanak telah terbunuh sepanjang kempen ganas Saudi ke atas negara jirannya Yaman.