Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera kerajaan Damsyik dilaporkan berjaya menangkis serangan kumpulan pengganas Takfiri Daesh ke atas pangkalan udara tentera di Deir ez-Zor dan beberapa daerah di sekitar bandar yang sama.
Media tempatan pada hari Sabtu melaporkan bahawa tentera kerajaan telah berjaya menangkis serangan besar-besaran Daesh di bandar Deir ez-Zor yang terletak di timur Syria.
Para pengganas Daesh yang berideologikan fahaman Wahhabisme dikatakan telah menyerang kedudukan tentera kerajaan di selatan dan juga barat laut pangkalan udara Deir ez-Zor dan beberapa daerah yang terletak di pinggir bandar itu. Perkara itu dilaporkan oleh agensi berita SANA.
Para anggota tentera yang ditempatkan di pangkalan udara itu berjaya menangkis serangan pengganas sekaligus membunuh ramai daripada mereka. 3 buah kereta kebal milik pengganas juga dimusnahkan di dalam pertempuran tersebut.
Bandar Deir ez-Zor sudah yang masih dikawal tentera kerajaan sudah terkepung sejak tahun 2014. Pangkalan itu juga pernah menyaksikan serangan A.S ke atas tentera kerajaan Syria yang membolehkan Daesh menguasai pangkalan itu buat sementara waktu.
14 Januari 2017 - 17:54
News ID: 804896
Tentera kerajaan Damsyik dilaporkan berjaya menangkis serangan kumpulan pengganas Takfiri Daesh ke atas pangkalan udara tentera di Deir ez-Zor dan beberapa daerah di sekitar bandar yang sama.