Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Syria dan sekutunya dilaporkan berjaya mematahkan dua serangan besar-besaran kumpulan Takfiri Daesh ke atas wilayah Deir ez-Zour sekaligus menyebabkan mereka mengalami kehilangan yang besar di dalam pertempuran tersebut.
Menurut sumber surat khabar Tasnim, Tentera Syria pada hari Rabu berjaya mematahkan serangan Daesh di kawasan al-Banourama dan al-Sakan al-Jamei yang terletak di wilayah Deir ez-Zour.
Pertempuran sengit dilaporkan berlaku di kedua-dua kawasan tersebut dan juga di pangkalan udara tentera di wilayah yang sama.
Pesawat tempur tentera Syria dan Rusia juga dikatakan sibuk mengebom dan menyasarkan para militan yang cuba mendekati pangkalan udara itu.
Di dalam perkembangan yang berbeza, pesawat tempur Syria telah menyasarkan perkampungan Ain al-Fijah di bandar Wadi Barada yang terletak berdekatan Damsyik sekaligus membunuh puluhan militan daripada kumpulan Jabhat al-Nusra.
Sumber tentera mengatakan bahawa Damsyik merancang untuk membersihkan kawasan Wadi Barada yang merupakan kawasan bekalan air utama Damsyik daripada kehadiran para pengganas.
Para pengganas sebelum ini telah memusnahkan infrastruktur bekalan air di Wadi Barada sekaligus menyebabkan 5.5 juta orang di Damysik menghadapi masalah bekalan air.
19 Januari 2017 - 19:50
News ID: 806014
Tentera Syria dan sekutunya dilaporkan berjaya mematahkan dua serangan besar-besaran kumpulan Takfiri Daesh ke atas wilayah Deir ez-Zour sekaligus menyebabkan mereka mengalami kehilangan yang besar di dalam pertempuran tersebut.