20 Januari 2017 - 18:05
Hizbullah Sasarkan Posisi Daesh Di Sempadan Lubnan

Para pejuang daripada pergerakan Hizbullah Lubnan telah menyasarkan sekumpulan militan daripada kumpulan pengganas Takfiri Daesh di timur laut Lubnan sekaligus membunuh dan mencederakan beberapa anggota mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Para pejuang daripada pergerakan Hizbullah Lubnan telah menyasarkan sekumpulan militan daripada kumpulan pengganas Takfiri Daesh di timur laut Lubnan sekaligus membunuh dan mencederakan beberapa anggota mereka.

Cabang media gerakan Hizbullah mengumumkan pada hari Jumaat bahawa para pejuangnya telah menyerang posisi kumpulan pengganas itu di wilayah Wadi al-Sharij dengan roket.

Sepanjang konflik di Syria bermula, pergerakan Hizbullah telah berkali-kali mematahkan serangan Daesh di dalam wilayah Lubnan. Mereka juga giat membekalkan bantuan kepada Tentera Arab Syria di dalam usaha mereka membasmi kumpulan-kumpulan militan tajaan kuasa asing di negara Arab itu.

Pergerakan itu juga menuduh Israel sebagai entiti yang menyokong kumpulan pengganas Takfiri di Timur Tengah.

Rejim Zionis yang hingga kini menduduki wilayah Lubnan di Ladang Sheeba dan Tebing Golan yang dirampasnya dari Syria, dilaporkan giat memberikan bantuan perubatan kepada para pengganas Takfiri.

Pada Disember 2015, surat khabar British, Daily Mail melaporkan bahawa rejim tersebut sejak tahun 2013 telah berjaya menyelamatkan nyawa 2000 anggota militan Takfiri.