Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Presiden Persekutuan Rusia, Valdimir Putin dijadualkan akan berbincang melalui telefon pada jam 20.00 waktu Moscow hari ini. Perkara itu dilaporkan oleh Rumah Putih pada hari Jumaat.
Tiada sebarang maklumat lanjut diberikan setakat ini berkaitan perbincangan itu.
Timbalan Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence, akan turut serta di dalam perbincangan di antara kedua-dua pemimpin dunia tersebut.
Sebelum itu, jurucakap Presiden Persekutuan Rusia, Dmitry Peskov, mengesahkan bahawa kedua-dua pemimpin Rusia dan Amerika Syarikat akan menyertai perbincangan melalui telefon itu pada 28 Januari ini.
"Perbincangan melalui telefon ini adalah yang pertama selepas Presiden Trump memasuki pejabatnya. Lumrahnya, sukar untuk menanti sebarang perbincangan yang serius berkaitan pelbagai isu berbangkit," kata Peskov kepada pihak media. "Baiklah kita bersabar dan menunggu sahaja," tambahnya lagi.
Dia juga tidak memberikan banyak komen berkaitan isu-isu penting yang mungkin dibincangkan di antara Putin dan Trump.
28 Januari 2017 - 12:51
News ID: 807777
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin, dijadualkan akan berbincang melalui telefon pada jam 20.00 waktu Moscow hari ini. Perkara itu dilaporkan oleh Rumah Putih pada hari Jumaat.