5 Februari 2017 - 17:48
Beberapa Pemimpin Daesh Pecahkan Baiat Kepada Ketua Kumpulan Itu

Beberapa pemimpin kumpulan pengganas Takfiri Daesh yang berpusat di Iraq dilaporkan telah memecahkan baiat mereka kepada ketua kumpulan tersebut berikutan kemaraan tentera Iraq dan sekutunya di bandar Mosul yang merupakan kubu terakhir kumpulan tersebut di Iraq.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Beberapa pemimpin kumpulan pengganas Takfiri Daesh yang berpusat di Iraq dilaporkan telah memecahkan baiat mereka kepada ketua kumpulan tersebut berikutan kemaraan tentera Iraq dan sekutunya di bandar Mosul yang merupakan kubu terakhir kumpulan tersebut di Iraq.

Menurut rangkaian televisyen Iraq, al-Sumariah, para pembelot tersebut mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh Ibrahim al-Samarrai untuk menyertai sebuah operasi pengeboman. Ibrahim al-Samarrai yang merupakan ketua kumpulan pengganas itu lebih dikenali sebagai Abu Bakr al-Baghdadi di kalangan masyarakat dunia.

Rangkaian itu mengatakan bahawa Abu Abdullah al-Shami, yang merupakan pemimpin kumpulan itu di Mosul, memanggil Abu Bakr al-Baghdadi sebagai tidak layak untuk mengetuai kumpulan tersebut.

Dia turut berkata bahawa ketua kumpulan Daesh itu telah gagal untuk mempertahankan wilayah yang dirampas oleh kumpulan tersebut sejak tahun 2014 apabila mereka melancarkan kempen berdarah di Syria dan Iraq.