8 Februari 2017 - 18:16
Situasi Di Syria Mula Memihak Kepada Damsyik dan Moscow: Presiden Assad

Presiden Syria, Bashar Assad berkata bahawa situasi di negara Arab itu kini sedang berubah dan mula memihak kepada Damsyik dan Moscow di mana kedua-dua negara itu sedang giat memerangi keganasan yang dibiayai oleh negara-negara asing.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Syria, Bashar Assad berkata bahawa situasi di negara Arab itu kini sedang berubah dan mula memihak kepada Damsyik dan Moscow di mana kedua-dua negara itu sedang giat memerangi keganasan yang dibiayai oleh negara-negara asing.

"Situasi berubah dengan sangat pantas ke arah di mana kami dan kamu mahukan," kata Assad di dalam sebuah pertemuan dengan para penggubal undang-undang Rusia di Damsyik pada hari Rabu.

Beliau turut menghargai bantuan ketenteraan Rusia kepada Damsyik dan juga pengorbanan daripada pihak tentera negara itu sendiri di dalam memerangi keganasan di wilayah Syria.

"Sudah pasti, bantuan ketenteraan sangat penting. Akan tetapi, setitis darah milik tentera Rusia yang terkorban di negara kami adalah lebih penting daripada bantuan ketenteraan itu sendiri," kata Assad.

Moscow memulakan operasi ketenteraan memerangi Daesh dan kumpulan pengganas yang lain di Syria pada September 2015 berikutan permintaan yang dibuat oleh Damsyik sendiri.

/315