11 Februari 2017 - 17:57
Tentera Syria Patahkan Serangan Daesh Di Latakia

Tentera Arab Syria dilaporkan berjaya menggagalkan sebuah percubaan daripada kumpulan pengganas Takfiri Daesh untuk merampas beberapa kawasan yang terletak di wilayah Latakia sekaligus membunuh puluhan orang pengganas daripada kumpulan tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Arab Syria dilaporkan berjaya menggagalkan sebuah percubaan daripada kumpulan pengganas Takfiri Daesh untuk merampas beberapa kawasan yang terletak di wilayah Latakia sekaligus membunuh puluhan orang pengganas daripada kumpulan tersebut.

Agensi Berita SANA melaporkan perkembangan tersebut pada hari Sabtu dengan mengatakan bahawa tentera Syria berjaya mematahkan serangan mereka sebelum menghambat kumpulan pengganas itu ketika mereka cuba untuk menyerang beberapa kawasan berbeza di wilayah itu di dalam 3 serangan berasingan.

Salah satu daripada serangan Daesh itu menyasarkan pekan Kinsabba yang terletak 40 kilometer dari ibu negeri Latakia.

Dengan kerja sama di antara tentera Syria dan sekutunya, secara amnya, kehadiran kumpulan Takfiri Daesh di negara Arab itu kini terhad di bandar Raqqah sahaja.

/315