Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata bahawa penyelesaian krisis di Syria masih jauh walaupun situasi di negara Arab itu sudah meningkat dengan baik.
Beliau turut berkata bahawa rejim Israel perlu mengiktiraf sumbangan Hizbullah di dalam memerangi pengganas di Syria sambil memanggil Amerika Syarikat untuk memberikan bukti bahawa negaranya memberikan bantuan ketenteraan kepada pertubuhan yang berpusat di Lubnan itu.
Selain daripada itu, beliau turut menambah dengan mengatakan bahawa tindakan untuk menghalang Republik Islam Iran daripada memerangi kumpulan Takfiri Daesh di Syria tidak akan mendatangkan hasil.
Moscow memulakan operasi ketenteraan memerangi Daesh dan kumpulan pengganas yang lain di Syria pada September 2015 berikutan permintaan yang dibuat oleh Damsyik sendiri.
/315