Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev telah melantik isterinya sendiri, Mehriban Aliyeva sebagai timbalan presiden negara yang kaya dengan hasil minyak itu.
Mehriban Aliyeva dilantik sebagai timbalan presiden pertama bagi Republik Azerbaijan," kata presiden di dalam sebuah dekri yang disiarkan oleh laman sesawangnya pada hari Selasa.
Aliyeva, 52 tahun merupakan salah seorang daripada penggubal undang-undang Azerbaijan sejak tahun 2005. Ahli parti Yeni Azerbaijan itu turut mengetuai Yayasan Heydar Aliyev yang merupakan sebuah badan amal berpengaruh di negara itu.
Pengumuman itu dibuat selepas perubahan ke atas perlembagaan dibuat berdasarkan hasil kepada sebuah referendum yang diadakan pada tahun 2016. salah satu daripada perubahan tersebut adalah penciptaan jawatan timbalan presiden pertama bagi negara Azerbaijan.
Wanita pertama negara tersebut terkadang dianggap sebagai calon yang berpotensi untuk menggantikan suaminya yang memegang tampuk kuasa sejak tahun 2003 berikutan kematian Heydar Aliyev yang merupakan bapanya sendiri. Heydar Aliyev adalah bekas agen KGB pada era komunis.
Pihak pembangkang di negara itu mengkritik keras perlantikan tersebut sambil mengatakan bahawa perkara itu adalah sebuah percubaan tidak demokratik oleh Ilham Aliyev untuk mengekalkan kuasa di tangan keluarga Aliyev.
"Langkah itu membawa Azerbaijan kembali ke zaman pertengahan, zaman feudal... Pemerintahan keluarga tiada kedudukan di dalam abad ke 21," kata ketua pembangkang, Isa Gambar.
21 Februari 2017 - 19:47
News ID: 813268
Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev telah melantik isterinya sendiri, Mehriban Aliyeva sebagai timbalan presiden negara yang kaya dengan hasil minyak itu.