28 Mac 2017 - 02:29
Polis Siasat Kes Lempar Bible Ke Dalam Masjid

Polis yang mengaitkan kes itu dengan jenayah kebencian turut mendedahkan rakaman dua klip video pengawasan yang menunjukkan perbuatan vandalisme di Pusat Islam Fort Collins yang berlaku sebelum Subuh, kelmarin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Polis yang mengaitkan kes itu dengan jenayah kebencian turut mendedahkan rakaman dua klip video pengawasan yang menunjukkan perbuatan vandalisme di Pusat Islam Fort Collins yang berlaku sebelum Subuh, kelmarin.

Dalam satu rakaman video, seorang lelaki yang memakai baju berpenutup kepala dipercayai berusia awal 20-an mengambil batu di laluan pejalan kaki dan meninggalkan tempat itu, manakala satu lagi rakaman menunjukkan dia menendang pintu masjid.

Presiden pusat berkenaan, Tawfik Aboellail berkata lelaki berkenaan cuba memecah masuk ke dalam masjid pada jam 4 pagi kelmarin, tetapi gagal berbuat demikian. Sehubungan itu, Majlis Hubungan Amerika-Islam menggesa polis menyiasat kes itu sebagai kemungkinan jenayah kebencian. - AP