30 Mac 2017 - 20:05
Henti Ganggu Negara-Negara Teluk Parsi: Iran Ke A.S

Menteri Pertahanan Iran telah memanggil A.S untuk meninggalkan Teluk Parsi dan berhenti daripada mengganggu negara serantau.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Pertahanan Iran telah memanggil A.S untuk meninggalkan Teluk Parsi dan berhenti daripada mengganggu negara serantau.

Brigadier Jeneral Hossein Dehqan membuat kenyataan tersebut pada hari Khamis sebagai sebuah kenyataan balas terhadap komen yang dibuat sebelumnya oleh pada pegawai A.S ke atas Republik Islam Iran.

"Apa yang dibuat A.S di Teluk parsi? Mereka sepatutnya meninggalkan rantau ini dan berhenti mengganggu negara-negara serantau," kata Dehqan.

"Apakah kita boleh menerima bahawa jikalau seorang perompak yang jahil memecah masuk rumah seseorang maka dia sepatutnya menerima layanan mesra? Ini adalah contoh kebiadapan pada abad ke-21," tambahnya lagi.

Kenyataan itu dibuat pada masa pentadbiran Presiden Donald Trump dilihat cenderung untuk memperlihatkan permusuhan mereka terhadap Republik Islam itu.

Pada hari Rabu, seorang Jeneral Tentera Darat Amerika Syarikat, Joseph Votel, yang mengetuai Pusat Pemerintah AS (CENTCOM), berkata Washington harus mempertimbangkan penggunaan elemen "ketenteraan" terhadap Iran.

Votel menggambarkan Tehran sebagai "ancaman jangka panjang yang paling besar kepada kestabilan" di rantau Timur Tengah dan menuduh Iran cuba mewujudkan "ketidakstabilan" di rantau ini melalui bantuan yang mereka bekalkan pada pihak tertentu, penggunaan pasukan proksi dan pelancaran operasi-operasi siber.

/315