Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Republik Islam Iran menyeru Amerika Syarikat supaya berhenti melemparkan tuduhan berniat jahat ke atas Tehran sambil meletakkan tekanan ke atas sekutunya di rantau Timur Tengah supaya mereka berhenti menyokong keganasan.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qassemi pada hari sabtu membuat kenyataan tersebut sebagai reaksi terhadap komen yang dibuat oleh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Mattis sebelum ini yang menuduh Iran secara berterusan menyokong keganasan.
"Kami menggesa para pegawai Amerika Syarikat -di sebalik melemparkan tuduhan yang tidak munasabah dan bersifat berat sebelah ke atas Iran- untuk memaksa sebahagian daripada negara-negara di rantau itu yang rapat dengan A.S dan di dalam masa yang sama secara jelas dapat dilihat memberikan sokongan berterusan dan menyeluruh ke atas kumpulan pengganas supaya berhenti menyalurkan bantuan kewangan, ideologi dan ketenteraan kepada kumpulan pengganas Takfiri," kata Bahram.
Sekutu Washington di rantau itu -khususnya Arab Saudi- dituduh menyokong keganasan dari pelbagai aspek termasuk kebendaan dan ideologi.
Takfirisme yang merupakan ideologi pilihan kebanyakan kumpulan pengganas yang beroperasi di Timur Tengah secara langsung dipengaruhi oleh ajaran Wahhabi yang merupakan sebuah ajaran dominan di Arab Saudi. Wahhabisme diajar secara bebas di negara tersebut oleh para ulama yang disekat kerajaan.
Rejim Riyadh juga dikenali sebagai penyokong kuat kepada sebahagian daripada militan yang beroperasi di Syria dan Iraq.
/315
1 April 2017 - 14:56
News ID: 821301
Republik Islam Iran menyeru Amerika Syarikat supaya berhenti melemparkan tuduhan berniat jahat ke atas Tehran sambil meletakkan tekanan ke atas sekutunya di rantau Timur Tengah supaya mereka berhenti menyokong keganasan.