5 April 2017 - 18:36
"Garis Merah" A.S Galakkan Serangan Kimia Di Syria

Perwakilan Rusia dan negara-negara Barat saling bertikam lidah di dalam sebuah mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB berhubung serangan kimia yang berlaku di Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perwakilan Rusia dan negara-negara Barat saling bertikam lidah di dalam sebuah mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB berhubung serangan kimia yang berlaku di Syria.

Perbalahan itu tercetus berikutan sebuah draf resolusi yang dibuat oleh Britain, Perancis dan Amerika Syarikat yang mengecam penggunaan sejata kimia di dalam sebuah serangan yang berlaku di Idlib, Syria sekaligus menuntut sebuah siasatan penuh dibuat ke atas perkara itu.

Timbalan Duta Rusia ke PBB, Vladimir Safronkov berkata bahawa ancaman pentadbiran Obama yang mengatakan bahawa A.S akan menggunakan tindakan ketenteraan jikalau "garisan merah" tidak diendahkan dan senjata kimia digunakan di dalam konflik di Syria telah menggalakkan sesetengah pihak untuk menggunakan senjata itu dengan harapan campur tangan A.S akan memberikan manfaat kepada mereka.

"Keputusan telah dijadikan titik mula untuk provokosi masa hadapan oleh para pengganas dan pelampau yang cuba menggunakan senjata kimia dalam rangka untuk melemahkan... kedudukan Damsyik (di mata masyarakat dunia)... dan memberikan alasan untuk (sesetengah pihak) bagi melancarkan tindakan ketenteraan ke atas sebuah kerajaan berdaulat," katanya.

/315