Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Salah seorang daripada ahli senat A.S berkata bahawa bantuan yang dibekalkan oleh Washington kepada pemberontak Syria hanya memperkukuhkan kedudukan Daesh.
Keputusan A.S dan sekutunya untuk melatih dan membantu kumpulan pemberontak Syria adalah sebuah kesilapan yang hanya memperkukuhkan Daesh, kata Senator Rand Paul pada hari Rabu di dalam sebuah temu ramah.
"Kita sebenarnya telah membenarkan perkara ini berlaku. Dengan menolak Assak kita telah mencipta ruang kosong yang kemudiannya diisi oleh kumpulan Daesh. Ini adalah sebuah kesilapan," kata Paul kepada Fox News.
Senator John McCain berulang-kali menggesa A.S untuk menyokong pemberontak Syria. Paul menolak pandangan itu sambil berkata bahawa kumpulan pemberontak itu terdiri daripada beberapa kumpulan radikal Islam yang bermusuhan dengan A.S dan sekutunya.
Paul turut mengecam serangan senjata kimia di Idlib, Syria.
/315
5 April 2017 - 19:03
News ID: 822120
Salah seorang daripada ahli senat A.S berkata bahawa bantuan yang dibekalkan oleh Washington kepada pemberontak Syria hanya memperkukuhkan kedudukan Daesh.