21 April 2017 - 06:44
Kementerian Dalam Negeri Iran Umum Calon Pilihanraya Presiden Negara Itu

Kementerian Dalam Negeri Iran telah mengeluarkan senarai nama calon yang layak untuk bertanding di dalam pilihanraya presiden yang akan datang di Republik Islam tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Dalam Negeri Iran telah mengeluarkan senarai nama calon yang layak untuk bertanding di dalam pilihanraya presiden yang akan datang di Republik Islam tersebut.

Kementerian Dalam Negeri Iran pada hari Khamis telah mengeluarkan senarai calan yang layak -mengikut turutan abjad- menurut Dewan Wali Iran (Syuraye Negahban).

Nama-nama itu adalah seperti yang berikut:

  1. Mostafa Aqa-Mirsalim 
  2. Mostafa Hashemi-Taba 
  3. Es'haq Jahangiri 
  4. Mohammad-Baqer Qalibaf 
  5. Seyyed Ebrahim Raeisi 
  6. Hassan Rouhani (Penyandang Jawatan) 


Badan penyaring itu telahpun menimbangkan kelayakan lebih daripada 1,600 individu yang sebelum ini menawarkan diri untuk bertanding di dalam pilihanraya itu.

Calon-calon yang layak itu sekarang boleh memulakan kempen pilihanraya mereka sehingga jam 8:00 pagi pada 18 Mei yang akan datang, kata Kementerian Dalam Negeri Iran.

Senarai itu menunjukkan bahawa bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad telah terkeluar daripada pemilihan itu.

Awal bulan ini, jurucakap Badan Kehakiman Iran mengatakan bahawa tuntutan mahkamah yang dibuat ke atas Ahmadinejad berhubung dakwaan pencabulan kuasa semasa zaman pentadbirannya masih belum mencapai keputusan yang muktamad.

Warga Iran dijangka akan membuang undi pada 19 Mei nanti di dalam pilihanraya presiden yang ke-12 di negara itu.

/315