Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekumpulan pemburu yang terdiri daripada 26 orang -termasuk beberapa ahli keluarga diraja Qatar- yang ditangkap di Iraq lebih daripada setahun lalu telahpun dibebaskan pada hari Jumaat semalam.
Kementerian Dalam Negeri Iraq berkata bahawa 26 orang tahanan itu yang mana kesemua mereka merupakan warga Qatar telahpun diserahkan kepada mereka.
Seorang pegawai lapangan terbang yang meminta supaya namanya tidak disebut berkata bahawa kumpulan pemburu itu telahpun meninggalkan Baghdad pada petang Jumaat dengan menggunakan jet peribadi Qatar.
Kumpulan pemburu Qatar itu -termasuk beberapa anggota keluarga al-Thani yang memerintah negara tersebut- ditangkap di Iraq pada Disember 2015 apabila mereka memasuki negara itu untuk memburu burung helang dan bustard.
Tiada kumpulan yang setakat ini mengaku bertanggungjawab ke atas penangkapan mereka walaupun sebahagian media mendakwa bahawa Kata'eb Hizbullah -sebuah kumpulan yang memerangi Daesh di Iraq- sebagai dalang kepada penangkapan tersebut. Kumpulan itu walau bagaimanapun menolak sekeras-kerasnya sebarang penglibatan di dalam insiden itu.
Pada awal minggu ini, Perdana Menteri Iraq, Haider Abadi, mengesahkan bahawa sebuah delegasi dari Qatar mengunjungi negaranya untuk membincangkan tentang pembebasan kumpulan pemburu itu.
Berita di atas muncul apabila terdapat beberapa laporan yang mengatakan bahawa pembebasan kumpulan pemburu itu termasuk di dalam perjanjian pertukaran warga Syria dengan anggota pengganas di negara Arab itu.
Kerajaan Syria dan kumpulan militan mencapai kesepakatan pada bulan Mac untuk memindahkan 16,000 warga Syria dari bandar Foua dan Kefraya yang dikepung kumpulan tersebut. Sebagai ganti, kerajaan Syria bersetuju untuk membenarkan pemindahan anggota militan dan keluarga mereka dari bandar al-Zabadani dan Madaya.
Qatar dipercayai sebagai salah sebuah kuasa asing yang menyokong pengganas Takfiri yang aktif di Syria dan Iraq.
/315
22 April 2017 - 15:27
News ID: 825289
Sekumpulan pemburu yang terdiri daripada 26 orang -termasuk beberapa ahli keluarga diraja Qatar- yang ditangkap di Iraq lebih daripada setahun lalu telahpun dibebaskan pada hari Jumaat semalam.