22 April 2017 - 19:29
Iran Patahkan 30 Buah Plot Pengeboman Sepanjang Tahun Lepas: Menteri

Menteri Perisikan Iran, Mahmoud Alavi berterima kasih kepada pasukan perisikan negara itu yang berjaya mematahkan 30 buah plot serangan bom yang dirancang di negara tersebut pada tahun lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Perisikan Iran, Mahmoud Alavi berterima kasih kepada pasukan perisikan negara itu yang berjaya mematahkan 30 buah plot serangan bom yang dirancang di negara tersebut pada tahun lepas.

Bercakap pada hari Jumaat, Alavi membuat perbandingan di antara situasi keselamatan di Republik Islam Iran dengan negara-negara lain.

"Pada ketika warga kebanyakan negara lain di seluruh dunia, khususnya di rantau ini berhadapan dengan isu pengeboman, pembunuhan dan ketidakstabilan, penduduk di Republik Islam (Iran) menikmati keselamtan yang berkekalan," kata beliau.

Dengan kesiagaan pasukan perisikan Iran, "tiada cabaran keselamatan seperti pembunuhan, letupan dan pengeboman di negara ini," kata Alavi.

Menteri itu turut berkata bahawa sepanjang tahun lepas, 30 buah plot pengeboman telah dikenalpasti dan dipatahkan di negara itu. Beliau turut menambah dengan mengatakan bahawa hanya empat buah kes sahaja yang didedahkan kepada warga awam.

Pada Jun lepas, Kementerian Perisikan Iran mendedahkan kepada media bahawa mereka telah berjaya mematahkan sebuah plot untuk melancarkan serangan besar-besaran di beberapa buah bandar utama di negara itu termasuk Tehran sendiri.

/315