Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekitar 70 peratus warga Iran yang layak membuang undi di dalam pilihan raya presiden yang akan datang dijangka akan pergi ke pusat-pusat pengundian pada 19 Mei ini, lapor sebuah bancian yang terkini.
Sekitar 63.5 peratus daripada responden di dalam sebuah bancian yang dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Badan penyiaran Republik Islam Iran (IRIB) mengatakan bahawa mereka akan menyertai pilihan raya itu dan sekitar 7.1 peratus pula mengatakan bahawa mereka "mungkin akan menyertainya."
Bancian itu dibuat dengan penyertaan lebih daripada 38,000 warga Iran yang berumur 18 tahun ke atas di Tehran, ibu kota wilayah lain, dua buah bandar berkependudukan tinggi dan 10 buah kampung daripada setiap wilayah di Iran sejak hari Ahad hingglah hari Selasa.
Sektar 23.6 peratus peserta pula mengatakan bahawa mereka tidak akan menyertai pilihan raya itu dan 1.2 peratus yang lain pula berkata bahawa "mereka mungkin tidak akan menyertainya.". Sebanyak 4.6 peratus responden yang tersisa mengatakan mereka belum lagi membuat keputusan untuk mengundi ataupun tidak.
Angka terkini itu menunjukkan peningkatan yang positif berhubung penyertaan warga Iran di dalam proses pilihan raya negara Republik Islam itu.
Sebuah bancian yang dibuat sebelum ini menunjukkan bahawa hanya 56.1 peratus daripada responden yang akan menyertai proses pemilihan presiden baharu negara itu. Bancian itu dibuat oleh badan yang sama.
Para pemerhati mengatakan bahawa peningkatan itu adalah impak langsung daripada debat calon presiden yang buat kali pertama disiarkan secara langsug.
/315
4 Mei 2017 - 16:36
News ID: 827789
Sekitar 70 peratus warga Iran yang layak membuang undi di dalam pilihan raya presiden yang akan datang dijangka akan pergi ke pusat-pusat pengundian pada 19 Mei ini, lapor sebuah bancian yang terkini.