Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ayatullah Mohammad Emami Kashani, Imam Solat Jumaat Tehran pada hari Jumaat (5/5) mengingatkan warga Iran akan betapa pentingnya perpaduan di negara tersebut di sebalik isu pilihan raya yang semakin hangat diperdebatkan di sana.
Menurut beliau, warga negara itu selama 38 tahun secara bersatu-padu telah mendukung Revolusi Islam Iran dengan melakukan pelbagai bentuk pengorbanan sehingga berjaya membawa negara itu ke kedudukan yang penting di dalam politik serantau dan juga antarabangsa.
Beliau turut mengingatkan bahawa pihak musuh yang membenci Revolusi Islam Iran mempunyai pelan dan konspirasi untuk untuk menyusup masuk serta mengganggu proses pilihan raya di negara itu.
Menurut beliau, di sepanjang kempen pilihan raya, pihak yang terbabit tidak boleh mengetengahkan isu yang boleh mengganggu ketenteraman awam. Ayatullah Emami juga berkata bahawa calon presiden juga perlu memberikan perhatian kepada masalah kerohanian dan perpaduan masyarakat.
"Di dalam situasi apapun, perpaduan politik harus dipelihara dan konspirasi musuh untuk memusnahkan perpaduan rakyat perlu dipatahkan," tambahnya. -ABNA24
/315
5 Mei 2017 - 18:54
News ID: 828009
Ayatullah Mohammad Emami Kashani, Imam Solat Jumaat Tehran pada hari Jumaat (5/5) mengingatkan warga Iran akan betapa pentingnya perpaduan di negara tersebut di sebalik isu pilihan raya yang semakin hangat diperdebatkan di sana.