23 Mei 2017 - 19:17
IS Akui Bertanggungjawab Ke Atas Serangan Di Manchester

Polis Britain mengesahkan angka kematian susulan letupan di Manchester Arena selepas konsert Ariana Grande meningkat kepada 22 orang termasuk kanak-kanak. Seramai 59 yang lain dilaporkan cedera.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Polis Britain mengesahkan angka kematian susulan letupan di Manchester Arena selepas konsert Ariana Grande meningkat kepada 22 orang termasuk kanak-kanak. Seramai 59 yang lain dilaporkan cedera.

Sementara itu, kumpulan pengganas Takfiri Daesh telah mengaku bertanggungjawab di dalam serangan tersebut.

"Salah seorang daripada anggota tentera Khalifah telah berjaya meletakkan peranti letupan di dalam perkumpulan anggota Salib di bandar Manchester," baca kenyataan kumpulan itu.

Walau bagaimanapun, Daesh tidak menyatakan sebarang perincian berkenaan penyerang di Manchester itu sepertimana yang biasa mereka lakukan selepas melancarkan serangan-serangan keganasan.

Pihak polis juga telah mengumumkan bahawa suspek kepada serangan itu sebagai Salman Abedi yang berusia 23 tahun. Akan tetapi, mereka masih menyiasat sama ada suspek melancarkan serangan itu bersendirian ataupun bersama beberapa individu lain.

Perdana Menteri Britain, Theresa May pula mengatakan bahawa serangan itu merupakan salah sebuah serangan pengganas yang terburuk di negaranya. -ABNA24

/315