Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran sudah membina kilang pengeluran peluru berpandu balistik bawah tanah ke-3 dan akan terus membangunkan program peluru berpandu, lapor agensi berita separa rasmi Fars hari ini.
Perkembangan ini mungkin akan memburukkan ketegangan dengan negara jiran dan Washington.
“Tentera revolusi sudah membina kilang bawah tanah ke-3 dalam tahun kebelakangan…kita akan terus membangunkan kemampuan peluru berpandu dengan segera,” lapor Fars memetik ketua divisyen aeroangkasa Tentera Revolusi Iran Amirali Hajizadeh.
Sejak mengambil alih pada Januari, Presiden AS Donald Trump memberi amaran dan mengenakan sekatan baharu sebagai balasan kepada tindakan Tehran melancarkan peluru berpandu.
Negara jiran Iran di Teluk Parsi dan musuh ketat mereka, Israel, melahirkan kebimbangan di atas program peluru berpandu Tehran, menganggapnya sebagai ancaman kepada keselamatan serantau.
“Sudah tentu musuh kita, Amerika, dan rejim Zionis (Israel) marah dengan program peluru berpandu kita kerana mereka mahu Iran berada dalam kedudukan lemah,” kata Hajizadeh.
Sebagai balasan kepada sekatan baharu itu, Iran menyenaraikan 9 warga AS dan syarikat ke dalam senarai 15 syarikat AS yang didakwa melanggar hak asasi manusia dan bekerjasam dengan Israel.
25 Mei 2017 - 19:24
News ID: 831950
Iran sudah membina kilang pengeluran peluru berpandu balistik bawah tanah ke-3 dan akan terus membangunkan program peluru berpandu, lapor agensi berita separa rasmi Fars hari ini.