Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jerman dan Austria mengkritik sekatan anti-Rusia terkini yang diluluskan oleh senat Amerika Syarikat dan secara tersirat memanggil perundangan A.S itu sebagai sejenis campur tangan di dalam urusan Eropah.
Sekatan anti-Rusia yang menyasarkan sektor tenaga negara tersebut sepatutnya tidak akan "mengancam Jerman, Austria dan perusahaan Eropah yang lain," bacan kenyataan bersama Menteri Luar Jerman, Sigmar Gabriel dan Canselor Persekutuan Austria, Christian Kern di dalam sebuah kenyataan bersama.
Mereka turut menyifatkan sekatan itu sebagai bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
"Kami tidak boleh menerima tindakan mengancam syarikat-syarikat Eropah yang memberikan sumbangan kepada bekalan tenaga Eropah melalui sekatan bersifat luar wilayah yang mencabuli undang-undang antarabangsa," baca kenyataan mereka.
Kenyataan itu turut menyatakan bahawa sekatan yang diluluskan oleh senat A.S ke atas Rusia itu tidak mempunyai sebarang objektif politik ataupun obejktif kemanusiaan. Akan tetapi, sekatan itu sekadar bertindak untuk memelihara kepentingan ekonomi Amerika Syarikat.
"Isu ini terkait dengan penjualan gas termampat A.S (ke Eropah) dan (dalam masa yang sama) menolak keluar syarikat-syarikat pembekal tenaga Rusia daripada pasaran Eropah. Objektif utamanya adalah untuk mencipta pekerjaan bagi industri gas dan minyak (A.S)," baca kenyataan itu.
Berhubung usul itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin pada hari Khamis berkata bahawa Barat sentiasa mencari alasan untuk mengenakan tekanan politik-ekonomi ke atas Moscow dalam rangka memastikan negaranya tunduk kepada kehendak mereka.
"Jika tiada isu Crimea dan masalah-masalah lain, mereka pasti akan mereka sesuatu yang lain untuk mengekang Rusia," kata beliau yang merujuk kepada Semenanjung Crimea yang sebelum ini mengundi di dalam sebuah referendum untuk kembali menyertai Rusia.
Sekatan yang diluluskan oleh Senat itu masih perlu melalui Dewan Perwakilan sebelum ditandantangani oleh Presiden Donald Trump. -ABNA
/315