Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Turki telah tiba di Arab Saudi di dalam sebuah percubaan untuk meregangkan ketegangan diplomatik di wilayah Teluk Parsi. Qatar sebelum itu menuduh negara-negara jiran mereka khususnya Riyadh sedang melancarkan "kepungan" yang melumpuhkan negara Arab itu.
Pesawat yang membawa Menteri Luar Negara Turki mendarat di bandar barat Arab Saudi, Jeddah pada hari Jumaat semalam. Mevlut Cavusoglu dijangka akan bertemu dengan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud di bandar suci Mekah dalam rangka mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.
Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu memutuskan hubungan mereka sebelum ini dengan menuduh Doha menyokong keganasan serta menggugah kestabilan rantau itu.
Mereka turut mengenakan sekatan pengangkutan darat, air dan laut ke atas Qatar serta mengusir para diplomat mereka. Warga awam Qatar juga telah diarahkan untuk meninggalkan negara-negara tersebut.
Lawatan Cavusoglu ke Arab Saudi berlangsung sehari selepas beliau melawat rakan sejawatnya di Kuwait untuk mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.
Kuwait yang tidak memutuskan hubungan mereka dengan Qatar berusaha untuk menjadi perantara di antara Qatar dan negara jirannya dalam rangka menamatkan krisis diplomatik tersebut.
Sebelum itu, Cavusoglu turut melawat Doha pada hari Rabu untuk bertemu Penguasa Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dan menteri luarnya Mohammed bin Abdulrahman Al Thani. Selepas pertemuan itu, Cavusoglu memanggil pihak terbabit untuk berdialog.
Tindakan Riyadh yang menutup jalan daratnya dengan negara kecil itu telah menyebabkan Qatar berhadapan dengan krisis bekalan makanan. Akan tetapi, Turki dan Iran pada masa ini berjaya membekalkan bahan tersebut kepada Doha.
Sekatan itu turut mengundang kecaman badan hak asasi manusia antarabangsa termasuk Amnesty International. Badan yang berpusat di U.K itu pada 10 dan 13 Jun lepas mengecam sekatan Arab Saudi ke atas Qatar sambil menyifatkan bahawa Riyadh mempermainkan kehidupan ribuan manusia melalui tindakannya itu. -ABNA24
/315
Menteri Luar Turki Tiba Di Arab Saudi Untuk Cari Penyelsaian Kepada Krisis Diplomatik Qatar Dan Jirannya
17 Jun 2017 - 01:41
News ID: 836935
Menteri Luar Turki telah tiba di Arab Saudi di dalam sebuah percubaan untuk meregangkan ketegangan diplomatik di wilayah Teluk Parsi. Qatar sebelum itu menuduh negara-negara jiran mereka khususnya Riyadh sedang melancarkan "kepungan" yang melumpuhkan negara Arab itu.