Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Datuk Bandar Sadiq Khan menjelaskan kebakaran menara kediaman, Grenfell Tower yang menyebabkan kematian 58 orang boleh dielakkan sekiranya kerajaan tempatan tidak mengabaikan aduan penghuni apartmen itu untuk satu tempoh yang lama.
Beliau berkata, bagi penghuni yang kehilangan rumah dalam insiden itu, kerajaan akan memberi sumbangan 5,500 pound (RM26,284) daripada dana sejumlah 5 juta pound (RM23.89 juta) yang diperuntukkan.
BBC pula mendakwa sekurang-kurangnya 70 orang mati, sembilan dalam unit rawatan rapi (ICU) dan 18 lagi masih menerima rawatan di hospital.
Komander Stuart Cundy menjangkakan angka kematian akan meningkat memandangkan mungkin ada penghuni yang terperangkap dan mati, bagaimanapun tidak dilaporkan kepada pihak penguat kuasa.
20 Jun 2017 - 10:47
News ID: 837623
Datuk Bandar Sadiq Khan menjelaskan kebakaran menara kediaman, Grenfell Tower yang menyebabkan kematian 58 orang boleh dielakkan sekiranya kerajaan tempatan tidak mengabaikan aduan penghuni apartmen itu untuk satu tempoh yang lama.