Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut kapten kapal kargo Filipina, ACX Crystal yang bertembung dengan kapal pemusnah Amerika Syarikat, USS Fitzgerald pada 17 Jun lepas, kapal perang A.S itu gagal memberikan respon terhadap isyarat amaran mereka dan tidak mengambil sebrang tindakan untuk mengelak sebelum pertembugan itu berlaku.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Perusahaan Pelaburan Dainichi, sebuah syarikat yang memiliki kapal Crystal itu. Menurut mereka, Kapten Ronald Advincula menyatakan bahawa mereka telah menghantar isyarat kepada USS Fitzgerald dengan suluhan cahaya selepas kapal perang A.S itu menukar laluannya secara "mendadak."
Advinculan turut berkata bahawa Fitzgerald gagal mengubah laluan mereka ketika kapal kargo itu berusaha habis-habisan untuk berpusing ke arah kanan dalam rangka mengelak kapal milik Pentagon itu. Pertembungan di antara kapal pemusnah seberat 9,000 tan dan kapal kargo seberat 29,000 tan menyebabkan kapal perang A.S itu berlubang.
Lubang itu kemudiannya menyebabkan air memasuki dua ruang tidur di dalam kapal Fitzgerald. Tujuh orang kelasi kapal itu terbunuh. Insiden itu adalah yang terburuk buat Pentagon sejak al-Qaeda menyasarkan USS Cole pada tahun 2000 yang menyebabkan 17 orang terbunuh. -ABNA24
/315
26 Jun 2017 - 23:21
News ID: 839026
Menurut kapten kapal kargo Filipina, ACX Crystal yang bertembung dengan kapal pemusnah Amerika Syarikat, USS Fitzgerald pada 17 Jun lepas, kapal perang A.S itu gagal memberikan respon terhadap isyarat amaran mereka dan tidak mengambil sebrang tindakan untuk mengelak sebelum pertembugan itu berlaku.