Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah badan hak asasi manusia di Qatar mengumumkan bahawa mereka akan mengupah sekumpulan peguam dari Switzerland untuk memfailkan rungutan ke atas negara jiran mereka yang mengenakan sekatan atas negara Arab kecil itu.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Qatar pada hari Rabu berkata bahawa para peguam tersebut akan diupah untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain yang sebelum ini memutuskan hubungan diplomatik mereka dengan Doha sekaligus meletakkan Qatar di dalam kepungan darat, air dan udara.
"Kami sedang melakukan koordinasi yang perlu untuk memulakan tindakan undang-undang bersama mereka yang terkesan daripada sekatan ini," kata pengerusi badan itu, Ali Bin Smaikh al-Marri.
Dia turut mengatakan, "Tiga buah negara yanng bertanggungjawab (ke atas sekatan itu) perlu membayar ganti rugi kepada mereka yang terkesan."
Marri berkata kumpulan yang layak mendapat pampasan itu termasuk mereka yang mempunyai harta dan perniagaan di tiga buah negara itu serta mereka yang mempunyai ibu bapa dari Qatar dan salah sebuah daripada tiga buah negara yang sama.
Arab Saudi, UAE, Bahrain, Mesir dan Maldives pada 5 Jun lepas mengumumkan bahawa mereka telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Doha berikutan apa yang didakwa mereka sebagai sokongan Qatar kepada keganasan. -ABNA24
/315
29 Jun 2017 - 02:50
News ID: 839394
Sebuah badan hak asasi manusia di Qatar mengumumkan bahawa mereka akan mengupah sekumpulan peguam dari Switzerland untuk memfailkan rungutan ke atas negara jiran mereka yang mengenakan sekatan atas negara Arab kecil itu.