Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rumah Putih yang bertindak di bawah penilaian Pentagon kini meminta Kongres negara itu untuk memberi kelulusan bagi pihak tentera A.S membina lebih banyak kem "sementara" di Iraq dan Syria.
Di dalam langkah yang dilihat sebagai penglibatan lebih mendalam Pentagon di dalam wilayah berkecamuk, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Mattis berjaya meyakinkan pentadbiran Presiden Donald Trump untuk meminta Kongres supaya meluaskan operasi ketenteraan di Iraq dan Syria walaupun Daesh sedang dihancurkan dan Mosul telahpun dirampas kembali oleh tentera kerajaan.
Menurut laporan, "fasiliti sementara" itu akan meningkatkan "kemungkinan perang yang lebih panjang, mahal dan lebih membinasakan di dalam sebuah rantau yang mengharungi penderitaan daripada krisis kemanusian yang paling buruk sejak tamatnya perang dunia kedua."
"Kelihatannya mereka cuba mendapatkan kelegaan bergerak yang lebih banyak dalam membina infrastruktur yang akan membawa pertempuran keluar daripada Raqqa dan Syria," kata Zoli. -ABNA24
/315
16 Julai 2017 - 07:05
News ID: 842473
Rumah Putih yang bertindak di bawah penilaian Pentagon kini meminta Kongres negara itu untuk memberi kelulusan bagi pihak tentera A.S membina lebih banyak kem "sementara" di Iraq dan Syria.