24 Julai 2017 - 15:24
Operasi Bersama Dengan Tentera Syria Hampir Tamat: Hizbullah

Hizbullah berkata bahawa operasi ketenteraan bersama kumpulan itu dengan tentera Syria ke atas kedudukan kumpulan pengganas Takfiri yang terletak di sepanjang sempadan Syria-Lubnan kini "hampir selesai" selepas pejuang kumpulan tersebut berjaya merampas kawalan ke atas kubu terakhir Jabhat Fatah al-Sham di sana.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Hizbullah berkata bahawa operasi ketenteraan bersama kumpulan itu dengan tentera Syria ke atas kedudukan kumpulan pengganas Takfiri yang terletak di sepanjang sempadan Syria-Lubnan kini "hampir selesai" selepas pejuang kumpulan tersebut berjaya merampas kawalan ke atas kubu terakhir Jabhat Fatah al-Sham di sana.

Biro media Hizbullah pada hari Isnin mengumumkan bahawa kumpulan itu berjaya merampas kembali kawasan Wadi al-Khayl yang merupakan kubu terpenting kumpulan Jabhat Fatah al-Sham -dahulunya dikenali sebagai Jabhat al-Nusra- yang terletak di pekan Arsal. Pekan itu terletak sekitar 124 kilometer dari bandar Beirut.

Hizbullah juga berkata bahawa mereka berjaya merampas kembali kedudukan kumpulan pengganas Takfiri itu yang terletak di Wadi Maarouf, Wadi al-Khayl, Wadi Zaarour, Wadi al-Dam dan Wadi al-Daqayeq.

Kumpulan itu turut menggesa para pengganas yang tersisa supaya segera melucutkan senjata dan menyelamatkan diri mereka sendiri.

"Pertempuran dengan al-Nusra hampir tamat. Jadi kami menggesa para militan yang masih berada di pinggir Arsal untuk menyelamatkan diri mereka dengan melucutkan senjata mereka dan menyerahkan diri dengan jaminan ke atas keselamatan diri mereka," kata kumpulan itu. -ABNA24

/315