Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut sebuah sumber keselamatan di bandar Najaf al-Asyraff pada hari Rabu berkata bahawa pasukan keselamatan di kawasan tersebut berjaya menahan beberapa anggota kumpulan sesat yang dipercayai merancang untuk menyerang beberapa personaliti agama di bandar tersebut.
Najaf al-Asyraff merupakan sebuah bandar ilmiyah Syiah yang terbesar di Iraq dan kawasan tersebut turut didiami oleh beberapa personaliti penting di dalam dunia Islam. Bandar itu turut menempatkan makam Imam Ali a.s serta sahabat beliau yang besar. Jutaan penziarah melawat pusat keagaaman Islam itu pada setiap tahun sekaligus menjadikannya sebuah pusat ilmu yang strategik.
Sebuah laman sesawang yang menukilkan kenyataan sumber itu menambah dengan mengatakan bahawa mereka yang ditahan telah diserahkan kepada pihak berkuasa dan kesemua mereka telahpun mengaku bersalah di atas dakwaan tersebut. -ABNA24
/315
24 Ogos 2017 - 07:58
News ID: 850191
Menurut sebuah sumber keselamatan di bandar Najaf al-Asyraff pada hari Rabu berkata bahawa pasukan keselamatan di kawasan tersebut berjaya menahan beberapa anggota kumpulan sesat yang dipercayai merancang untuk menyerang beberapa personaliti agama di bandar tersebut.