Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sambil tapak tangan menadah ke langit, sekitar dua juta umat Islam berkumpul, di sini untuk kemuncak ibadat haji.
Dengan suhu mencecah 40 darjah Celsius, jemaah mendaki bukit di timur Makkah, lokasi Nabi Muhammad SAW memberi khutbah terakhir 14 kurun lalu.
"Saya datang ke sini malam tadi dan berdoa, mengambil gambar serta menelefon keluarga dan rakan," kata Maolana Yahia, 32, jemaah dari Indonesia.
Umpama lautan berwarna putih, jemaah memanjat bukit dan mengambil tempat untuk bersolat dan berdoa.
Di laluan konkrit menghubungkan dataran dengan kawasan bukit, ratusan ribu jemaah khusyuk berdoa sambil yang lain berehat dalam khemah atau di atas kain yang dibentangkan di tepi jalan.
"Ini adalah kali pertama saya menyaksikan pemandangan sebegini. Hari ini, saya berdoa untuk tiga anak serta keluarga saya," kata Fatima Arfawi, jemaahdari Tunisia.
Di sebuah hospital bertentangan kawasan pergunungan, satu kawasan dikhususkan untuk jemaah yang mengalami dehidrasi atau lemah akibat kepanasan.
Persatuan Bulan Sabit Arab Saudi berkata, ia mengerahkan 326 ambulans di sepanjang laluan jemaah untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Jemaah akan bergerak ke Muzdalifa, di mana mereka bermalam sebelum ibadat melontar jamrah.-AFP
31 Ogos 2017 - 15:34
News ID: 851608
tapak tangan menadah ke langit, sekitar dua juta umat Islam berkumpul, di sini untuk kemuncak ibadat haji.