Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Taufan Damrey mengorbankan lima orang di tengah dan selatan Vietnam, hari ini selepas melanda negara itu menjelang persidangan pemimpin forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada 8 hingga 10 November ini.
"Ribut melanda pada jam 4 pagi (waktu tempatan) dengan kelajuan angin sehingga 90 kilometer sejam sehingga mengakibatkan lebih 1,000 bumbung bangunan, ratusan tiang elektrik rosak dan pokok tercabut," kata kerajaan negara terbabit menerusi Facebook.
Sekurang-kurangnya enam orang hilang dan 20 rumah musnah.
Katanya, enam kapal yang dinaiki 61 penumpang dilaporkan karam di Laut China Selatan, namun 25 orang berjaya diselamatkan, tetapi tiada maklumat mengenai nasib baki mangsa lain, setakat ini.
Ribut itu membawa hujan berhampiran bandar Nha Trang yang terletak 500 kilometer di selatan bandar pesisir Danang yang akan menjadi lokasi persidangan APEC, minggu depan. - Reuters
4 November 2017 - 13:20
News ID: 864507
Taufan Damrey mengorbankan lima orang di tengah dan selatan Vietnam, hari ini selepas melanda negara itu menjelang persidangan pemimpin forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada 8 hingga 10 November ini.