Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sumber Iraq mengumumkan bahawa sehingga subuh semalam (10/11), lebih daripada 13 juta penziarah telah menyertai perarakan Arbain Imam Hussein yang berakhir di Karbala.
Wakil Ayatullah Sistani, Syed Ahmad al-Safi di dalam khutbah Jumaat mengumumkan bahawa perarakan Arbain tahun ini telah menyaksikan seramai 13 juta penziarah dari seluruh dunia berkumpul di Iraq untuk menyertai pengorbanan Imam Hussein dan sahabatnya.
Menurut beliau, walaupun kebanyakan peserta memiliki niat ikhlas yang bersumber daripada kecintaan mereka kepada Nabi S.A.A.W dan keluarga suci baginda, terdapat juga sesetengah pihak yang menggunakan platform sedia ada untuk mengumandangkan slogan politik (sempit mereka) dan menyemai bibit perpecahan. -ABNA24
/315
11 November 2017 - 03:30
News ID: 866075
Sumber Iraq mengumumkan bahawa sehingga subuh semalam (10/11), lebih daripada 13 juta penziarah telah menyertai perarakan Arbain Imam Hussein yang berakhir di Karbala.