24 November 2017 - 03:47
Keberadaan Tentera A.S Di Syria Menyerupai Penjajahan: Rusia

Rusia berkata bahawa kehadiran tentera Amerika Syarikat di Syria kelihatan seperti sebuah penjajahan memandangkan bahawa perkara itu bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan tidak memiliki sebarang bentuk keizinan daripada kerajaan sah Damsyik.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia berkata bahawa kehadiran tentera Amerika Syarikat di Syria kelihatan seperti sebuah penjajahan memandangkan bahawa perkara itu bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan tidak memiliki sebarang bentuk keizinan daripada kerajaan sah Damsyik.

"Dari aspek undang-undang antarabangsa, Amerika Syarikat menduduki wilayah Syria secara tidak sah. Mereka tidak memiliki sebarang keizinan sah daripada Damsyik," kata jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova pada hari Khamis.

"(Keberadaan) mereka sama sekali bertentangan dengan kehendak kerjaan sah di Damsyik. Tanpa sebarang alasan yang sah dari segi undang-undang, tindakan mereka sangat hampir menyerupai sebuah penjajahan," tambahnya.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Mattis pada bulan November berkata bahawa negaranya tidak akan meninggalkan Syria sehingga rundingan di Geneva menunjukkan kemajuan.

"Musuh belum lagi mengisytiharkan bahawa mereka sudah selesai dengan kawasan tersebut, jadi kami akan terus berlawan selagi mereka masih mahu bertempur," kata Mattis yang turut mendakwa bahawa tindakan ketenteraan Washington di Syria mendapat mandat daripada PBB sendiri.

Syria dengan berang memberi respon kepada kenyataan Mattis sambil mengecam keberadaan tentera A.S di negara itu yang menurut mereka sebuah tindakan kekerasan.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov turut mengkrititk campur tangan Washington di Syria dengan memanggilnya sebagai tidak sah.

"Amat menarik bagaimana A.S cuba mengesahkan keberadaan mereka di sana yang sama sekali tidak sah secara undang-undang kerena perkara itu tidak didukung oleh Majlis Keselamatan PBB mahupun kerajaan Damsyik," kata beliau.

Rusia sendiri telah melancarkan misi ketenteraan di Syria di bawah permintaan Damysik sendiri sejak tahun 2015.

A.S pula secara bertentangan telah bekerjasama dengan pihak militan untuk menjatuhkan kerajaan Damsyik. A.S mula mengebom Syria sejak tahun 2014 tanpa sebarang mandat PBB ataupun keizinan daripada Damsyik sendiri.

Serangan itu secara meluas telah merosakkan banyak infrastruktur warga Syria.

Serangan itu turut membunuh ramai warga awam dan setakat ini gagal mencapai matlamatnya iaitu untuk memerangi pengganas. Sementara itu, bantuan ketenteraan Rusia kepada kerajaan sah Damsyik pula setakat ini telah berjaya menghapuskan keganasan antarabangsa di Syria. -ABNA24

/315