Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kaunselor Dublin semalam mengundi untuk menarik balik anugerah yang diberikan kepada pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi bagi membantah cara wanita itu menangani keganasan terhadap etnik Islam Rohingya di negara berkenaan.
Media Ireland melaporkan, sebahagian besar kaunselor menyokong langkah pembatalan anugerah ‘Freedom of the City of Dublin’ itu dengan 59 undi menyokong ketika dua undi menentang manakala seorang lagi tidak hadir.
Keputusan itu dibuat selepas lebih 620,000 etnik Rohingya melarikan diri ke sempadan Bangladesh mengelak daripada keganasan tentera Myanmar. - AFP
14 Disember 2017 - 16:57
News ID: 872527
Kaunselor Dublin semalam mengundi untuk menarik balik anugerah yang diberikan kepada pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi bagi membantah cara wanita itu menangani keganasan terhadap etnik Islam Rohingya di negara berkenaan.