21 Mei 2018 - 17:47
Paraguay Pindah Kedutaan Ke Baitulmaqdis

Presiden Paraguay, Horacio Cartes merasmikan pembukaan kedutaan negaranya di Baitulmaqdis hari ini, menjadikannya negara ketiga mengambil langkah kontroversi itu selepas Amerika Syarikat (AS) dan Guatemala.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Paraguay, Horacio Cartes merasmikan pembukaan kedutaan negaranya di Baitulmaqdis hari ini, menjadikannya negara ketiga mengambil langkah kontroversi itu selepas Amerika Syarikat (AS) dan Guatemala.

Pada majlis perasmian itu, Cartes dilihat bersembang mesra dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

AS sebelum ini mengotakan janjinya untuk memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis pada 14 Mei lalu.

Perpindahan itu selaras dengan pengumuman Presiden Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara haram Israel. - AFP