18 Disember 2018 - 16:35
Rusia, Iran, Turki Bertemu Di Switzerland Berhubung Isu Syria

Menteri luar Republik Islam Iran, Rusia dan Turki telah mengadakan perbincangan dengan Duta Khas PBB ke Syria, Staffan de Mistura berhubung proses menentukan ahli anggota jawatankuasa yang bertanggungjawab melakar perlembagaan baharu Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri luar Republik Islam Iran, Rusia dan Turki telah mengadakan perbincangan dengan Duta Khas PBB ke Syria, Staffan de Mistura berhubung proses menentukan ahli anggota jawatankuasa yang bertanggungjawab melakar perlembagaan baharu Syria.

Menteri Luar Republik Islam Iran, Mohammad Javad Zarif dan rakan sejawatnya dari Rusia dan Turki, Sergei Lavrov dan Mevlut Cavusoglu, bertemu dengan utusan PBB ke Syria, Staffan de Mistura di Geneva, Switzerland pada hari Selasa.

Pertemuan di antara para menteri luar ketiga negara itu yang bertindak sebagai pihak penjamin proses damai Syria, bersama diplomat PBB itu diharapkan dapat membuka jalan bagi penggubalan perlembagaan baharu serta proses pilihan raya akan datang.

Perkara tersebut sangat dinantikan oleh kebanyakan pihak yang selama ini mendapat kesan negatif akibat daripada konflik hampir lapan tahun di negara Arab itu.