Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Lawatan Putera Mahkota Saudi Mohammed Bin Salman ke Pakistan ditunda di sebalik protes meluas terhadap perkara tersebut serta ketegangan yang meningkat di rantau itu, baca laporan.
Kementerian Luar Pakistan berkata bahawa lawatan dua hari Putera Mahkota Arab Saudi ke Islamabad yang dijadualkan pada hari Sabtu ini telah ditangguhkan.
Kementerian itu berkata bin Salman akan tiba di Islamabad pada hari Ahad, tetapi tidak mempunyai penjelasan lanjut berhubung penangguhan itu.
Sementara itu, para peserta protes dilaporkan telah turun ke jalan raya selepas menunaikan solat Jumaat di Rawalpindi. Mereka menyeru pihak kerajaan agar tidak membenarkan Putera Mahkota Arab Saudi itu untuk menjejakkan kaki ke negara tersebut.
Para pemimpin masyarakat dan aktivis daripada pelbagai organisasi dilaporkan turut menghadiri perhimpunan tersebut.
Bin Salman ketika ini dibelenggu dengan pelbagai kontroversi termasuk pembunuhan Jamal Khashoggi di pejabat konsulat negaranya di Turki. Selain daripada itu, penglibatan langsung negaranya di dalam konflik di Yaman turut menyebabkan Bin Salman mengundang kritikan antarabangsa ke atas kerajaan tersebut. -Press TV
16 Februari 2019 - 12:50
News ID: 929315
Lawatan Putera Mahkota Saudi Mohammed Bin Salman ke Pakistan ditunda berikutan protes meluas terhadap perkara tersebut serta ketegangan yang meningkat di rantau itu, baca laporan.