Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) -Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata, Barat telah menukarkan rantau Timur Tengah kepada sebuah "tong yang berisi serbuk belerang" melalui tindakan mereka yang giat menjual senjata ke negara-negara Arab di rantau ini sambil menambah bahawa tindakan melambakkan senjata di kawasan ini tidak akan menyumbang secara posisif kepada keselamatan serantau.
"Sepanjang tahun lalu sahaja, mereka [negara-negara Barat] menjual senjata bernilai 100 bilion dolar ke negara-negara anggota Majlis Kerjasama Teluk Persia. Adakah (penjualan) senjata (seperti ini) mampu meningkatkan keselamatan (di sini)? "Kata Menteri Luar Iran, Zarif dalam ucapan dasar luar di Universiti Tehran pada hari Ahad.
Majlis Kerjasama Teluk Parsi yang dirujuk beliau dalam ucapannya terdiri daripada negara Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriyah Arab Bersatu.
Terdahulu, sebuah laporan tahunan berhubung keselamatan antarabangsa menunjukkan bahawa penjualan senjata ke Timur Tengah yang direkodkan sepanjang tahun 2013 hingga 2017 telah meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding tempoh lima tahun sebelumnya. Laporan Keselamatan Munich 2019 juga menunjukkan bahawa pelambakan senjata di Timur Tengah meningkatkan risiko konfrontasi di rantau ini. -Press TV