3 April 2019 - 14:31
Tindakan A.S Halang Kerja Kemanusiaan Di Kawasan Banjir Di Iran Sebuah Jenayah: Rouhani

Presiden Iran, Hassan Rouhani mengatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat (A.S) menganggu bantuan kemanusiaan di kawasan yang dilanda banjir di negara Timur Tengah itu merupakan sebuah "jenayah yang belum pernah berlaku sebelumnya."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Iran, Hassan Rouhani mengatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat (A.S) menganggu bantuan kemanusiaan di kawasan yang dilanda banjir di negara Timur Tengah itu merupakan sebuah "jenayah yang belum pernah berlaku sebelumnya."

"Tindakan A.S yang menghalang bantuan kemanusiaan masyarakat antarabangsa kepada mereka yang terjejas oleh insiden banjir adalah jenayah yang tidak pernah berlaku sebelumnya," kata Rouhani pada hari Rabu.

Beliau membuat kenyataan itu di dalam pertemuan dengan jemaah menteri kabinetnya, para ketua jabatan eksekutif, para pegawai serta para penggubal undang-undang sempena hari Eid al-Mab'ath -hari ulang tahun Nabi Muhammad (S.A.A.W) dipilih sebagai utusan terkahir oleh Allah-.

Rouhani juga menyeru Kementerian Luar Iran dan badan undang-undang negara tersebut untuk menggunakan saluran undang-undang sedia ada dalam menangani isu terbabit.

Beliau turut berkata bahawa warga Iran yang tinggal di luar negara juga tidak dapat menghantar bantuan mereka kepada keluarga mereka kerana sekatan Washington. -Press TV