Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah laporan menunjukkan bahawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkemungkinan akan mengumumkan cadangan kontroversi beliau berhubung konflik Israel-Palestin pada pertengahan Mei ini pada hari Hari Nakba yang ke-71 (Hari Bencana).
Menurut laporan yang diterbitkan oleh laman web berita Emirat al-Khaleejonline pada hari Rabu, sumber-sumber Arab dan Palestin memetik pegawai-pegawai Amerika yang rapat dengan pentadbiran Trump sebagai berkata bahawa "perjanjian abad ini" berkemungkinan akan diperkenalkan pada 15 Mei ini.
Sumber-sumber, yang bercakap tanpa mendedahkan nama mereka, menjelaskan bahawa Washington telah mengambil semua langkah yang diperlukan untuk membentangkan rancangannya dan juga memperoleh pembiayaan dari negara-negara Arab dan lain untuk memastikan pelaksanaannya.
Semua negara Arab, serta Pihak Berkuasa Palestin, kini berada di peringkat menunggu usul Amerika tersebut. Kandungan usul tersebut dikatakan akan mengubah peta politik seluruh rantau, terutama dengan kebocoran maklumat yang berlaku sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini, baca laporan itu. -Press TV
4 April 2019 - 13:35
News ID: 935630
Sebuah laporan menunjukkan bahawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkemungkinan akan mengumumkan cadangan kontroversi beliau berhubung konflik Israel-Palestin pada pertengahan Mei ini pada hari Hari Nakba yang ke-71 (Hari Bencana).