Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Republik Islam Iran sekali lagi menunjukkan kekesalan mereka terhadap kelewatan Eropah dalam memulakan transaksi pembayaran langsung tanpa dolar dengan Tehran sambil mengatakan bahawa benua barat itu "tidak lagi memiliki alasan" untuk terus menangguhkan projek itu.
Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif membuat kenyataan tersebut di luar majlis pelancaran laman web Diplomasi Ekonomi milik kementeriannya di Tehran pada hari Ahad.
Menurut Zarif, Eropah sebelum ini ingin memperkenalkan sistem bernama Instrumen dalam Sokongan Pertukaran Perdagangan (INSTEX) sebagai "langkah awal" mereka - sebagai sebahagian daripada komitmen mereka di bawah Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) - terhadap tindakan Washington yang menarik diri daripada perjanjian nuklear tahun 2015.
Dalam rangka menunjukkan komitmen mereka, negara-negara Eropah dikehendaki menubuhkan INSTEX, jelasnya.
Sebuah sistem yang selari dengan INSTEX, yang dikenali sebagai Institut Perdagangan dan Kewangan Khas (STFI) telahpun dilancarkan oleh Iran pada minggu lalu, tegas Zarif. Menurut beliau, dengan tertubuhnya STFI Eropah tidak lagi mmemiliki alasan untuk menangguhkan pelan mereka.
Beliau juga menegaskan bahawa rakan-rakan Iran di Eropah "terkebelakang" dalam memenuhi komitmen JCPOA mereka dan mereka "tidak boleh terus yakin bahawa Republik Islam akan [terus menunggu] untuk mereka."
Diplomat Iran itu turut memuji mekanisme yang serupa dengan INSTEX yang telah dilancarkan dan dioperasikan pada tahap optimum oleh negara jiran Iran. -Press TV
14 April 2019 - 14:11
News ID: 936892
Republik Islam Iran sekali lagi menunjukkan kekesalan mereka terhadap kelewatan Eropah dalam memulakan transaksi pembayaran langsung tanpa dolar dengan Tehran sambil mengatakan bahawa benua barat itu "tidak lagi memiliki alasan" untuk terus menangguhkan projek itu.