Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Republik Islam Iran, Syed Ali Khamenei telah melantik Hujjatul Islam Doktor Reza Ramazani sebagai Setiausaha Agung Baharu Perhimpunan Ahlul Bait Sedunia.
Doktor Reza Ramazani yang sebelum ini pernah berkhidmat di Eropah selama dua belas tahun akan menggantikan Hujjatul Islam Muhammad Hasan Akhtari.
Beliau juga pernah menjadi pengarah Markas Islam Imam Ali (a.s) di Vienna, Austria pada tahun 1385 hingga 1387 -kalendar Farsi- dan Markas Islam Hamburg, Jerman pada tahu 1388 hingga 1397.
Doktor Ramazani yang memiliki lebih daripada enam puluh tajuk tulisan di dalam pelbagai bahasa termasuk Farsi, Arab, Inggeris, Jerman, Turki dan Melayu juga pernah menjadi anggota Majles-e Khobregān-e Rahbari (Majlis Pakar) sebagai wakil wilayah Gilan.
Perhimpunan Ahlul Bait Sedunia adalah badan bukan kerajaan yang dipimpin oleh para cendekiawan dunia Islam. Badan itu turut berada di bawah pantauan Pejabat Pemimpin Tertinggi Iran yang dipimpin oleh Syed Ali Khamenei.
Sejak penubuhan, NGO itu telah dipimpin oleh lima individu berbeza termasuk;
1- Ayatollah Mohammad Ali Taskhiri
2- Dr. Ali Akbar Velayati
3- Ayatollah Mohammad Mahdi Asefi
4- Hujjatul-Islam Mohammad Hasan Akhtari
5- Hujjatul-Islam Reza Ramezani





-ABNA24