25 Ogos 2019 - 17:53
200,000 Rohingya Berarak Bagi Hari Penghapusan Kaum

Seramai 200,000 Rohingya berarak bagi menandakan dua tahun sejak melarikan diri daripada tindakan keras tentera Myanmar di kem Bangladesh hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seramai 200,000 Rohingya berarak bagi menandakan dua tahun sejak melarikan diri daripada tindakan keras tentera Myanmar di kem Bangladesh hari ini.

Ketika keganasan dibuat pada Ogos 2017, sekitar 740,000 minoriti Muslim Rohingya melarikan diri dari Rakhine, Myanmar.

Kini, hampir sejuta pelarian tinggal dalam 36 kem di Cox's Bazar. - AFP