Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah laman sesawang Israel telah menyiarkan sebuah klip yang menunjukkan proses evakuasi beberapa anggota tentera rejim yang cedera akibat daripada respon Hizbullah sekaligus menafikan dakwaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang sebelum ini berkata bahawa tiada anggota tentera rejimpun yang "luka tergores" akibat daripada serangan Hizbullah.
Klip yang disiarkan oleh laman Yedioth Ahronoth menunjukkan bagaimana sebuah helikopter rejim sedang memindahkan anggota tentera yang cedera akibat daripada serangan hari Ahad ke hospital berkaitan.
Gerakan Hizbullah Lubnan sebelum ini berkata bahawa dua kumpulan pejuang mereka telah menyasarkan dua buah kenderaan tentera rejim pada hari Ahad. Mereka menambah dengan mengatakan bahawa salah satu daripada kenderaan itu berjaya meloloskan diri daripada serangan sedangkan kenderaan yang lain pula dimusnahkan di sebuah jalan yang menuju ke kem Avivim. Menurut mereka, sebahagian anggota tentera yang berada di dalam kenderaan tersebut sudahpun terbunuh manakala yang lainnya pula mengalami kecederaan.
Serangan itu dilancarkan sehari selepas pemimpin Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah menegaskan determinasi gerakan itu untuk memberi respon terhadap serangan dron Israel ke atas sasaran yang terletak di wilayah Lubnan.
Israel pada 25 Ogos lepas telah melancarkan sebuah serangan dron di wilayah Dahieh, Lubnan. Serangan itu menemui kegagalan apabila dron pertama terhempas di atas sebuah bangunan yang menempatkan pejabat media Hizbullah. Dron kedua pula terhempas di sebuah halaman kosong selepas diletupkan di udara. -PRESS TV
2 September 2019 - 13:32
News ID: 973299

Sebuah laman sesawang Israel telah menyiarkan sebuah klip yang menunjukkan proses evakuasi beberapa anggota tentera rejim yang cedera akibat daripada respon Hizbullah sekaligus menafikan dakwaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang sebelum ini berkata bahawa tiada anggota tentera rejimpun yang "luka tergores" akibat daripada serangan Hizbullah.